Tuesday, April 7, 2009

Sah : KERAjaan BN Perak kerajaan HARAM















Tahniah Nizar !!! Komelah Wira Rakyat ...Teruskan Pertahankan Hak Rakyat Sampai Ke Parlimen..





Sudah Terang Dan Nyata ..Rakyat Perak Perak Tolak BN yang mengunakan Kaedah Tak Bermoral perintah Perak...
So...Wahai MB haram Resign jer ler... kalau komer bukan Bangsa Haprak....

Buktinya PAS meningkatkan undi di Dun Changkat Jering dalam Parlimen Bukit Gantang dari 64 undi yang diperolehi oleh YB Spesis Katak pada pilihan raya umum lalu kepada 1,689 undi pada pilihan raya kecil Bukit Gantang hari ini. Jumlah undi yang dipungut oleh PAS di Dun Changkat Jering 9,897 sementara itu BN meraih 8,208 undi. Majoriti undi sebanyak 1,689 undi.

Wednesday, March 4, 2009

Siapa Menteri Pasolla ? Najib @ Zamri ???


Geli Perut Kome Baca artikel ni kat
Agenda Daily (akhbar maya pro UMNO)

"Macam negeri Pasir Dua Butir daa... “Apa di bawah pokok tu,” tanya Re seraya dijawab oleh Mi “Agaknya di bawah pokok sana tu orang jual ais krim tak”. Balas si Re “Ais krim nenek kau” ...itulah antara dialog yang diungkapkan oleh Re dan Mi setibanya mereka ke negeri Pasir Dua Butir setelah dibawa oleh tikar pandan terbang yang dikemudi oleh Do dari negeri Pasir Berdengung dalam filem Laksamana Do Re Mi arahan Tan Sri P. Ramlee. Rupa-rupanya di bawah pokok itu adalah kerajaan negeri Pasir Dua Butir"

Persoalan Kome Sapa Plak Menteri Pasolla ???Yang rampas Kerajaan Sah yang Dipilih Rakyat

Najib@ Zambri..? .Kome Harap Muncullah Laksamana Do Re Mi Selamatkan Rakyat Negeri Kome Dari Diperintah Menteri Pasolla yang Gila kuasa Tuuu...

Wednesday, February 11, 2009

Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum Ini


Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum IniDALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.
Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.”
Gara-gara keengganan Ghazali (foto) itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB.
Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;Cuplikan itu seperti mana berikut:DEWAN SANATESetelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.
Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.ARAB BERSATU
Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.MENJADI PERUNDINGMereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.MENGANGKAT SUMPAH
Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.PARTI POLITIK“ Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.MENYIMPAN JANGGUTSetelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.BURUK SANGKASelama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduH demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’. [wm.kl 11:45 am 09/02/09]

Friday, February 6, 2009

PAS BERJAYA DI PERAK !!!!!



MYT oleh TokPenghulu Oleh prosga"


Akhirnya BN dapat menguasai semula Perak walau apapun cara yang digunakan ianya tidak penting bagi mereka kerana umpan telah mengena. Strategi umpan-mengumpan, culik menculik dan sebagainya telah digunakan oleh Pakatan Rakyat dan BN untuk menguasai kerajaan Negeri Perak. Akhirnya hari ini BN akan menubuhkan kerajaan negeri yang baru. Apa yang ingin saya perkatakan disini betapa UMNO berjaya memanupulasi akan keadaan di Perak dibawah pentadbiran PR hanya kerana ADUN ADUN dari PKR dan DAP yang tidak berprinsip dan bermaruah.
Walau apa cara sekalipun yang digunakan oleh UMNO untuk memancing mereka ini, nampaknya hanya ADUN dari PAS saja yang nampak lebih istiqamah dan berprinsip. Walaupun YB Nizar dari PAS sebagai MB Perak, namun tiada apa yang boleh dilakukan oleh beliau untuk menyekat strategi UMNO (Najib) untuk mendapatkan ADUN dari DAP dan PKR dan seterusnya membentuk kerajaan negeri yang baru. Rakyat negeri Perak memerhatikan senario politik yang berlaku sekarang ini dan sudah mula kenal yang mana intan dan yang mana kaca dalam memilih wakil rakyat dan pemimpin. Sebenarnya dalam pemilihan untuk memilih pemimpin orang islam perlu takut dosa dan pahala. Jangan main hentam saja pilih wakil rakyat dan kesudahannya sudah dapat dilihat. Jangan timbulkan soal Sultan Perak telah membuat keputusan yang silap dalam perkara ini. Yang silap adalah rakyat, terutama orang melayu islam , kerana tidak pernah takut dosa pahala dalam memilih pemimpin yang tidak memenuhi kriteria yang dimahukan dalam islam.Saya pasti mulai sekarang rakyat Perak khususnya orang melayu melihat bagaimana berprinsipnya pemimpin PAS dalam berpolitik. Kepentingan agama dan rakyat menjadi keutamaan kepada wakil rakyat PAS dan tidak mudah dijual beli oleh pemimpin UMNO, walaupun ada ura-ura untuk memujuk PAS bersatu dengan UMNO untuk penubuhan kerajaan campuran di Perak selepas PRU 12 dulu. UMNO telah dikenali dengan kehandalan menerima rasuah baik diperingkat parti mahupun kerajaan. Tetapi calon atau wakil rakyat PKR juga sebahagaian besarnya berasal dari UMNO masih mempunyai ciri-ciri untuk menerima dan memberikan rasuah untuk mendapat kesenangan dalam dunia politik . Semua ini berlaku kerana mereka tidak dipilih dikalangan yang berprinsip dan takut akan Allah. Sebab itu bila berlaku kes seperti di Perak ini, tidak menghairankan bahawa wakil rakyat PKR masih mempunyai ciri-ciri buruk yang di warisi dari UMNO.Wakil rakyat DAP juga mempunyai kelemahan yang ketara, kerana masih kuat dengan pegangan kecinaan dalam berpolitik dan sering nampak mengambil kesempatan untuk memperjuangkan hak bangsanya saja bila berada dalam PR. Bila ada peluang untuk buat duit maka disambarnya, maka jadilah seperti di Perak ini. Contoh di Perak dapat dilihat, bila DAP banyak mempergunakan MB untuk mendapatkan apa yang dimahukan. Sebagai ahli PAS sudah pasti MB Nizar ditarbiyah oleh kepimpinan PAS untuk berlaku adil kepada semua pihak.Kepimpinan MB Nizar dengan keperibadian islam yang ditampilkan semestinya menyedarkan banyak pihak, terutama orang melayu UMNO yang mengaku Islam bahawa kepiimpinan seperti inilah yang boleh dipercayai. Bersandarkan kepada perjuangan menegak hukum Allah , PAS boleh dilihat sebagai satu parti yang mampu mengantikan UMNO dalam membela orang melayu dan kaum-kaum yang lain di Malaysia. Sesiapa saja yang melakukan dosa sebenarnya tidak takut akan Allah dan ini jelas menunjukkan kalau wakil rakyat PAS keluar dari parti PAS untuk lompat ke BN seolah-olah mereka telah keluar dari memperjuangkan islam dan tentu mereka takut dosa ini. Wakil rakyat PAS ditarbiyah untuk kenal dosa pahala. Mengapa bodoh sangat orang melayu islam UMNO untuk tidak melihat perkara ini. Malah PAS masuk dalam PR sekali pun kepimpinan PAS masih tetap utuh dengan prinsip dan hala tuju untuk menegakkan hukum Allah dan memberikan keadilan kepada rakyat tanpa mengira agama. Lebih baik bekerjasama dengan yang bukan islam demi kebaikan dan keadilan dari bersekongkol dengan orang munafik yang tidak mahu kepada keadilan dan hukum Allah.Andaikata Anwar masuk kedalam PAS dari dulu lagi, mungkin kini beliau sudah boleh menjadi PM dan secara teori dilihat PKR bukanlah landasan terbaik buat Anwar untuk menjadi PM. Apapun PAS kini nampak semakin kukuh, dan jika ditakdirkan ada piliharaya semula dalam masa terdekat ini di Perak, rasanya banyak kerusi DUN milik UMNO boleh dimenangi oleh PAS. Kalau BN ghairah sangat nak perintah Perak dengan alasan kerusi DUN banyak dikuasai oleh DAP dan hak orang melayu banyak diabaikan, maka inilah masa terbaik untuk pengundi UMNO beralih kepada PAS kerana hak semua kaum pasti dipertahankan mengikut acuan islam. Fikir-fikirlah wahai orang melayu islam.

Wednesday, February 4, 2009

Mengapa Tidak Adakan Pilihanraya Semula ????


PELIK BIN AJAIB ???????
APASAL TAK BUBAR JER DUN ??????
BILA KERAJAAN DAH TAK STABIL ????????
KOME INGAT NEGERI NI BAPAK KOME YANG PUNYA..
INI NEGERI HAK RAKYAT...BUKAN HAK KATAK ATAU TAUKE KATAK
JADI RAKYAT LAH KENA TENTUKAN PEMIMPIN..