Friday, February 6, 2009

PAS BERJAYA DI PERAK !!!!!



MYT oleh TokPenghulu Oleh prosga"


Akhirnya BN dapat menguasai semula Perak walau apapun cara yang digunakan ianya tidak penting bagi mereka kerana umpan telah mengena. Strategi umpan-mengumpan, culik menculik dan sebagainya telah digunakan oleh Pakatan Rakyat dan BN untuk menguasai kerajaan Negeri Perak. Akhirnya hari ini BN akan menubuhkan kerajaan negeri yang baru. Apa yang ingin saya perkatakan disini betapa UMNO berjaya memanupulasi akan keadaan di Perak dibawah pentadbiran PR hanya kerana ADUN ADUN dari PKR dan DAP yang tidak berprinsip dan bermaruah.
Walau apa cara sekalipun yang digunakan oleh UMNO untuk memancing mereka ini, nampaknya hanya ADUN dari PAS saja yang nampak lebih istiqamah dan berprinsip. Walaupun YB Nizar dari PAS sebagai MB Perak, namun tiada apa yang boleh dilakukan oleh beliau untuk menyekat strategi UMNO (Najib) untuk mendapatkan ADUN dari DAP dan PKR dan seterusnya membentuk kerajaan negeri yang baru. Rakyat negeri Perak memerhatikan senario politik yang berlaku sekarang ini dan sudah mula kenal yang mana intan dan yang mana kaca dalam memilih wakil rakyat dan pemimpin. Sebenarnya dalam pemilihan untuk memilih pemimpin orang islam perlu takut dosa dan pahala. Jangan main hentam saja pilih wakil rakyat dan kesudahannya sudah dapat dilihat. Jangan timbulkan soal Sultan Perak telah membuat keputusan yang silap dalam perkara ini. Yang silap adalah rakyat, terutama orang melayu islam , kerana tidak pernah takut dosa pahala dalam memilih pemimpin yang tidak memenuhi kriteria yang dimahukan dalam islam.Saya pasti mulai sekarang rakyat Perak khususnya orang melayu melihat bagaimana berprinsipnya pemimpin PAS dalam berpolitik. Kepentingan agama dan rakyat menjadi keutamaan kepada wakil rakyat PAS dan tidak mudah dijual beli oleh pemimpin UMNO, walaupun ada ura-ura untuk memujuk PAS bersatu dengan UMNO untuk penubuhan kerajaan campuran di Perak selepas PRU 12 dulu. UMNO telah dikenali dengan kehandalan menerima rasuah baik diperingkat parti mahupun kerajaan. Tetapi calon atau wakil rakyat PKR juga sebahagaian besarnya berasal dari UMNO masih mempunyai ciri-ciri untuk menerima dan memberikan rasuah untuk mendapat kesenangan dalam dunia politik . Semua ini berlaku kerana mereka tidak dipilih dikalangan yang berprinsip dan takut akan Allah. Sebab itu bila berlaku kes seperti di Perak ini, tidak menghairankan bahawa wakil rakyat PKR masih mempunyai ciri-ciri buruk yang di warisi dari UMNO.Wakil rakyat DAP juga mempunyai kelemahan yang ketara, kerana masih kuat dengan pegangan kecinaan dalam berpolitik dan sering nampak mengambil kesempatan untuk memperjuangkan hak bangsanya saja bila berada dalam PR. Bila ada peluang untuk buat duit maka disambarnya, maka jadilah seperti di Perak ini. Contoh di Perak dapat dilihat, bila DAP banyak mempergunakan MB untuk mendapatkan apa yang dimahukan. Sebagai ahli PAS sudah pasti MB Nizar ditarbiyah oleh kepimpinan PAS untuk berlaku adil kepada semua pihak.Kepimpinan MB Nizar dengan keperibadian islam yang ditampilkan semestinya menyedarkan banyak pihak, terutama orang melayu UMNO yang mengaku Islam bahawa kepiimpinan seperti inilah yang boleh dipercayai. Bersandarkan kepada perjuangan menegak hukum Allah , PAS boleh dilihat sebagai satu parti yang mampu mengantikan UMNO dalam membela orang melayu dan kaum-kaum yang lain di Malaysia. Sesiapa saja yang melakukan dosa sebenarnya tidak takut akan Allah dan ini jelas menunjukkan kalau wakil rakyat PAS keluar dari parti PAS untuk lompat ke BN seolah-olah mereka telah keluar dari memperjuangkan islam dan tentu mereka takut dosa ini. Wakil rakyat PAS ditarbiyah untuk kenal dosa pahala. Mengapa bodoh sangat orang melayu islam UMNO untuk tidak melihat perkara ini. Malah PAS masuk dalam PR sekali pun kepimpinan PAS masih tetap utuh dengan prinsip dan hala tuju untuk menegakkan hukum Allah dan memberikan keadilan kepada rakyat tanpa mengira agama. Lebih baik bekerjasama dengan yang bukan islam demi kebaikan dan keadilan dari bersekongkol dengan orang munafik yang tidak mahu kepada keadilan dan hukum Allah.Andaikata Anwar masuk kedalam PAS dari dulu lagi, mungkin kini beliau sudah boleh menjadi PM dan secara teori dilihat PKR bukanlah landasan terbaik buat Anwar untuk menjadi PM. Apapun PAS kini nampak semakin kukuh, dan jika ditakdirkan ada piliharaya semula dalam masa terdekat ini di Perak, rasanya banyak kerusi DUN milik UMNO boleh dimenangi oleh PAS. Kalau BN ghairah sangat nak perintah Perak dengan alasan kerusi DUN banyak dikuasai oleh DAP dan hak orang melayu banyak diabaikan, maka inilah masa terbaik untuk pengundi UMNO beralih kepada PAS kerana hak semua kaum pasti dipertahankan mengikut acuan islam. Fikir-fikirlah wahai orang melayu islam.

No comments:

Post a Comment